comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang

16 pelajar Universiti Oxford ditangkap dalam protes pro Palestin di Oxford pada Khamis lalu. – FOTO: REUTERS.

GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin itu dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 35,903 dan kecederaan kepada 80,420 sejak konflik Palestin-Israel meletus pada Oktober 2023.

FOTO: Reuters

Kenyataan itu memaklumkan beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan kekurangan pasukan penyelamat.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengarahkan Israel untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, sebuah bandar di selatan Semenanjung Gaza yang diserang sejak 6 Mei.

Keputusan diumumkan Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam susulan langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid yang berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. – BERNAMA – XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini