GAZA: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt telah meningkat kepada 39,583 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,398 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh enklaf yang dilanda perang kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan kru ambulans dan pertahanan awam. – BERNAMA-WAFA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.