comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian akibat banjir di India meningkat kepada 14

Foto: Reuters

NEW DELHI : Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala lebih 100 lagi hilang selepas banjir kilat melanda India, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Empat belas jambatan rosak teruk atau runtuh, dan beberapa perkampungan turut dinaiki air, menurut media India pada Khamis, memetik maklumat daripada pihak berkuasa.

Lebuh raya rosak dan rangkaian mudah alih terganggu di bahagian negeri timur laut di Sikkim. Operasi menyelamat diteruskan.

Tentera berkata bahawa seorang daripada 23 orang yang sebelum hilang telah ditemui hidup.

Hujan lebat berterusan sejak lewat Rabu mengakibatkan paras air sungai Teesta meningkat secara mendadak.

Pihak berkuasa Sikkim menggesa penduduk supaya tidak menghampiri sungai berkenaan. Sekolah akan ditutup sehingga akhir minggu ini, lapor media tempatan.  – BERNAMA-dpa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini