comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Myanmar meningkat 74 orang

NAYPYIDAW: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Yagi di Myanmar meningkat kepada 74 orang.

Ketua Junta, Min Aung Hlaing menagih bantuan asing bagi menangani situasi bencana alam itu.

Operasi mencari dan menyelamat lebih 80 mangsa yang masih hilang dipergiatkan.

Ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal, manakala 235,000 penduduk berpindah.

Banjir menyebabkan 65,000 kediaman mengalami kerosakan, selain kawasan pertanian ditenggelami air.

Ia nyata tamparan buat junta Myanmar terpaksa meminta bantuan asing, sedangkan sebelum ini menyekat bantuan kemanusiaan dari luar negara dengan menggantung kebenaran perjalanan bagi kumpulan bantuan yang cuba membantu sejuta mangsa Taufan Mocha di barat negara itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini