UNITED KINGDOM: Angin kencang luar biasa akibat Ribut Eowyn melanda Ireland dan Scotland pada hari Jumaat (24 Januari).
Video dari daerah Dunoon menunjukkan ombak besar melanda pesisir pantai.
Hampir satu pertiga daripada rumah dan perniagaan di Ireland terputus bekalan elektrik.
Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa ribut ini adalah salah satu yang paling berbahaya yang pernah berlaku di kawasan itu.
Agensi cuaca Ireland, Met Eireann melaporkan bahawa tiupan angin 182 kph (113 mph) di Mace Head, County Galway, pada malam sebelumnya telah memecahkan rekod 80 tahun di lokasi itu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.