FLORIDA: Kesan Taufan Milton yang membawa angin kencang dan hujan dapat dirasai di Bradenton, selatan Tampa, pada Rabu (9 Oktober).
Video yang dikongsi di media sosial oleh Jabatan Polis Bradenton menunjukkan pokok palma ditiup angin kencang ketika hujan dan ombak membadai pantai.
Didorong oleh perairan panas luar biasa di Teluk Mexico, ribut itu dijangka melanda kawasan metropolitan Teluk Tampa, yang menempatkan lebih 3 juta orang.
FLORIDA: Kesan Taufan Milton yang membawa angin kencang dan hujan dapat dirasai di Bradenton, selatan Tampa, pada Rabu (9 Oktober).
Sumber: Jabatan Polis Bradenton pic.twitter.com/0LR1wVrJPs
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2024
Pada jam 5 petang EDT (2100 GMT), ribut berada pada 100 kilometer barat daya Sarasota, Florida, dan bergerak ke timur laut pada kelajuan 28 kilometer sejam, kata Pusat Taufan Kebangsaan A.S.
Walaupun Milton sedikit lemah pada petang semalam kepada taufan Kategori 3, tahap ketiga tertinggi, ia semakin membesar apabila menghampiri Florida dan kekal sebagai “taufan besar yang sangat berbahaya” dengan angin berkelajuan maksimum 195 kilometer sejam, Pusat Taufan Kebangsaan berkata.
Ribut itu boleh membawa gelombang air laut setinggi 2.7 hingga 4 meter di sesetengah kawasan dan taburan hujan sekitar 150 hingga 300 milimeter. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.