Tumpuan :
Dunia

Ancaman bom: 42 lapangan terbang di Filipina berjaga-jaga 

Langkah keselamatan dipertingkatkan serta-merta di semua lapangan terbang komersial Filipina susulan ancaman bom. – Foto: AGENSI

MANILA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP), hari ini meletakkan 42 lapangan terbang di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga susulan ancaman bom pada pesawat komersialnya.

CAAP mengesahkan amaran bom yang diterima dan langkah keselamatan ditingkatkan serta-merta di semua lapangan terbang komersial negara itu.

Katanya, amaran bom itu diterima melalui emel oleh perkhidmatan trafik udara membabitkan penerbangan yang dikenalpasti menuju ke Cebu, Bicol, Davao dan Palawan.
​​​​​​​
“Walaupun maklumat itu sedang disahkan, tahap langkah keselamatan yang tinggi sedang dilaksanakan di semua lapangan terbang,” katanya melalui kenyataan media.

Pulau Cebu dan Palawan adalah destinasi popular untuk pelancong asing.Namun, tidak dinyatakan bila amaran itu diterima pihak berkuasa.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Jaime Bautista, berkata rondaan dan unit K9 dikerahkan di semua terminal lapangan terbang antarabangsa Manila dengan agensi penguatkuasaan undang-undang sedang melaksanakan penyelarasan.

“Tiada perubahan dijangka berlaku kepada mana-mana penerbangan dan kami ingin memastikan orang ramai yang melakukan perjalanan bahawa protokol dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan khususnya kepada penumpang,” katanya dalam satu kenyataan. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini