PARIS: Omar Laden, anak kepada pengasas kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden telah diusir dari Perancis selepas beberapa tahun menetap di Normandy.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau berkata, langkah itu susulan tindakan Omar yang pernah menyokong aktiviti keganasan dengan cara memuat naik hantaran di media sosial.
“”Omar Laden, yang telah menetap di wilayah Orne selama beberapa tahun bersama pasangan seorang warga British, telah memuat naik kenyataan di rangkaian sosialnya pada tahun 2023 dengan cara memuliakan keganasan.
“Larangan pentadbiran ini akan memastikan Omar tidak boleh kembali ke Perancis atas sebarang alasan sekalipun,” kata Retailleau di platform X.
Bagaimanapun, Retailleau tidak memperincikan butiran mengenai waktu dan tarikh pengusiran berkenaan,
Sementara itu, akhbar mingguan tempatan, Le Publicateur Libre dalam pendedahannya mendakwa Omar pernah membuat satu hantaran di media sosial pada hari lahir bapanya, yang dibunuh tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2011.
Laporan akhbar yang dikeluarkan pada Julai 2023 telah menyebabkan polis mencari Omar yang dilaporkan menetap di Domfort, Normandy.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.