SUVA: Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda Vanuatu, lapor agensi berita Xinhua.
Gempa berlaku pada 12:47 waktu tempatan pada Selasa, dengan kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (US Geological Survey).
Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kerosakan pada bangunan yang menempatkan kedutaan Amerika Syarikat dan Perancis, serta Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Port Vila.
Video lain turut memaparkan sebahagian bangunan di jalan utama bandar itu runtuh, merosakkan kenderaan yang berada berhampiran.
Foto yang disiarkan di media sosial juga menunjukkan tanah runtuh memusnahkan sebahagian pelabuhan Port Vila dan ramai penduduk tempatan yang masih gagal dikesan.
— BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.