Tumpuan :
Dunia

Amaran tahap jingga di tengah dan utara England

FOTO: Reuters

UNITED KINGDOM: Amaran tahap jingga dikeluarkan di wilayah tengah dan utara England serta Wales susulan salji dan cuaca sejuk yang melanda wilayah itu.

Perkhidmatan Meteorologi UK dalam kenyataannya berkata, hujan batu dan pencairan salji boleh menyebabkan banjir di beberapa tempat.

Agensi itu turut memberi amaran titisan hujan yang membeku serta-merta di permukaan jalan raya akan menjadikan situasi bahaya bagi pemanduan.

Setakat ini, cuaca buruk turut memaksa penutupan sementara landasan di Lapangan Terbang Manchester dan Liverpool sekali gus menyebabkan kelewatan perjalanan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini