comscore
Tumpuan :
Dunia

Amaran, Houthi lancar hipersonik “Palestine 2”

SANAA: Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yemen mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama “Palestine 2”.

Pejuang Houthi yang mengawal utara Yemen, telah melancarkan serangan ke Israel tengah dengan peluru berpandu untuk pertama kalinya pada Ahad.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel akan membalas serangan yang disifatkan harga yang tinggi kepada kumpulan Houthi.

Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang bergerak sejauh 2,040 km dalam hanya 11 setengah minit.

Sementara itu, seorang pegawai Israel berkata peluru berpandu berkenaan terkena pemintas dan berpecah di udara dan bukan dimusnahkan sepenuhnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini