AMERIKA SYARIKAT : Amaran banjir dikekalkan kepada kira-kira 30 juta penduduk di California.
Hujan lebat dan angin kencang mencetuskan huru-hara dengan kebimbangan berlakunya bencana banjir serta insiden tanah runtuh.
Susulan itu, Gabenor Gavin Newsom memperluas perintah darurat ke 43 daerah .
Lapor media CNN, ribut yang melanda memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dengan lebih 71,600 amaran berpindah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan .
Ratusan penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara menanti keadaan beransur reda. – CNN