AMERIKA SYARIKAT: Aktivis Yahudi mengadakan bantahan di lapan bandar di Amerika Syarikat bagi menuntut gencatan senjata di Gaza.
Tunjuk perasaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan jambatan yang sibuk di Washington serta Philadelphia.
Di Washington, kira-kira 90 penunjuk perasaan menyekat jejantas ke New York Avenue.
Di Philadelphia, 200 penunjuk perasaan memegang papan tanda dan sepanduk yang tertera ‘Biar Gaza Hidup’ dan ‘Buka Atas Nama Kami’.
Bantahan juga berlangsung di Boston, Atlanta, Chicago, Minneapolis, Seattle dan Portland, Oregon.
Malah, beberapa kakitangan daripada pentadbiran Joe Biden turut mengadakan bantahan menuntut gencatan senjata di Gaza.
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, ketika Israel masih berkeras memusnahkan pejuang Hamas.