comscore
Tumpuan :
Dunia

Akibat silap teknikal, tiket pesawat jadi RM6.10!

Pesawat China Southern Airlines. – Foto fail Reuters

BEIJING : Gara-gara masalah teknikal selama dua jam pada aplikasi telefon mudah alih China Southern Airlines, Khamis lalu, tiket pesawat syarikat penerbangan itu menjadi hanya RM6.40 berbanding harga minimum biasa RM258.

The Straits Times melaporkan pengguna mula melaporkan di media sosial China, kira-kira jam 8 malam pada Rabu bahawa pada aplikasi syarikat  berkenaan, banyak penerbangan ke dan dari bandar barat daya Chengdu hanya pada harga 10, 20 atau 30 yuan (kira-kira RM6.40, RM12.90 atau RM19.30).

Satu tangkap layar yang beredar dalam talian menunjukkan tiket dari Chengdu ke Beijing berharga 10 yuan sahaja (kira-kira RM6.40), berbanding harga minimum biasa 400 yuan (kira-kira RM258) hingga 500 yuan (kira-kira RM322).

 

Tangkap layar lain menunjukkan harga murah ditawarkan selama kira-kira dua jam pada aplikasi pembawa serta merentasi beberapa platform tempahan tiket, termasuk peneraju pasaran Trip.com.

Susulan itu, China Southern Airlines, berkata, ia akan memperakui tiket berharga AS$1.30 (kira-kira RM6.10) yang terjual semasa masalah teknikal selama dua jam pada aplikasi telefon mudah alihnya dan beberapa platform tempahan tiket lewat pada Rabu lalu.

Di samping harga itu, pembeli dikehendaki membayar sekurang-kurangnya 110 yuan (kira-kira RM71) tambahan untuk yuran lapangan terbang dan surcaj bahan api.

“Penumpang boleh menggunakan tiket itu seperti biasa,” kata China Southern Airlines yang berpangkalan di Guangzhou sambil menambah ia laku dengan syarat tiket itu sudah dibayar dan dikeluarkan. – AGENSI

Loading...
Terkini