PARIS: Pengeluar pesawat terbesar dunia, Airbus menyerahkan lebih banyak jet komersial pada Mei berbanding bulan lain sejak awal tahun, walaupun mengalami kekurangan alat ganti baru-baru ini, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Sebanyak 63 pesawat telah diserah kepada pelanggan mereka, kata Airbus di Toulouse pada Rabu.
Pada April, pembuat pesawat Eropah itu menyerahkan 54 pesawat kepada pelanggannya manakala 61 kapal terbang pada Mac.
Bagaimanapun, Airbus masih jauh daripada mencapai sasaran tahunan sebanyak 720 pesawat.
Sepanjang lima bulan pertama, Airbus menghantar 244 jet komersial atau hanya satu pertiga daripada sasaran tahunannya.
Pada Mei, kumpulan itu menerima tempahan 17 pesawat baharu namun turut menangani 17 pembatalan. – BERNAMA-dpa