comscore
Tumpuan :
Dunia

Air sungai bertukar hijau, kemarau semakin kritikal di hutan hujan Amazon

Penduduk sifatkan kemarau semakin kritikal sekaligus menyukarkan pergerakan mengangkut bekalan dari luar.

BRAZIL: Paras air sungai yang semakin menurun di hutan hujan Amazon, Brazil secara drastik menyebabkan penduduk di kebanyakan tempat terpaksa berdepan dengan fasa kehidupan yang kritikal.

Kemarau yang melanda bandar Manacapuru, berhampiran ibu negeri Manaus, telah menjejaskan kelancaran operasi di Sungai Solimoes.

Pemandangan bot yang terdampar di tebing pasir sudah menjadi perkara biasa, menghalang pengangkutan barangan tempatan seperti ikan, pisang dan ubi kayu.

Selain itu, ia turut mengganggu logistik untuk membawa masuk barangan asas seperti makanan dan air dari luar.

Seorang nelayan, Joshua Oliveira berkata, mereka melabuhkan bot di sungai dan ia tersangkut di tanah kering pada keesokan harinya.
“Kami tidak mempunyai cara untuk mengalihkan bot-bot itu,” katanya.

Sementara itu Francisco da Silva yang juga nelayan menyifatkan keadaan itu sebagai kritikal terutama sekali apabila melihat keadaan air yang sudah mula bertukar warna.

“Air sudah mula bertukar hijau, sekaligus menunjukkan tanda ia mungkin tidak selamat untuk diminum..namun kami perlu minum juga,” katanya.

Selain itu, mereka turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan dari kawasan lain berikutan keadaan sungai menjadi kering.

Sungai Amazon di hilir merupakan laluan penting untuk mengangkut semua jenis barangan masuk dan keluar dari bandar.

Sementara itu, Pusat Pemantauan dan Amaran Awal Bencana Alam (Cemaden) Kebangsaan memberitahu, kemarau semasa adalah yang paling teruk dan meluas dialami Brazil sejak 1950.

Musim hujan yang lemah di wilayah utara dan tengah memburukkan lagi keadaan dengan peningkatan suhu atmosfera.

Pada Ahad, Mahkamah Tertinggi Brazil telah memberi kelulusan kepada kerajaan untuk mengecualikan perbelanjaan berkaitan dengan kebakaran hutan dan kemarau di kawasan Amazon dan Pantanal daripada sasaran fiskal yang ditetapkan tahun ini ketika negara itu berdepan dengan implikasi ekonomi kemarau terburuk yang pernah direkodkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini