ANKARA: Air banjir yang mencurah-curah di ibu kota Turki, Ankara memasuki sebuah bangunan pangsapuri semalam selepas menenggelamkan jalan berhampiran, kemudian mengalir turun dari balkoni di tingkat dua.
Air banjir yang mencurah-curah di ibu kota Turki, Ankara memasuki sebuah bangunan pangsapuri semalam selepas menenggelamkan jalan berhampiran, kemudian mengalir turun dari balkoni di tingkat dua.
Sumber : Reuters pic.twitter.com/ZwGE9VSJiF
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) June 3, 2023
Rakaman video menunjukkan air hujan mencurah-curah dari balkoni selepas memecahkan kaca dan perabot seterusnya dibawa keluar air banjir hingga ke jalan.
Adegan yang jarang berlaku itu dirakam oleh penduduk berhampiran di daerah Yenimahalle, Ankara selepas bandar itu dilanda hujan lebat.
Ibu negara Turki itu telah mengalami banjir besar sejak seminggu lalu yang menyebabkan kerosakan harta benda serta gangguan di seluruh rangkaian pengangkutan bandar. – REUTERS