Tumpuan :
Dunia

AIDS boleh ditamatkan menjelang 2030

GENEVA: AIDS mungkin boleh ditamatkan menjelang 2030 jika negara-negara dunia menunjukkan kemahuan politik untuk melabur dalam pencegahan dan rawatan serta menerima pakai undang-undang tanpa diskriminasi.

Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Program AIDS PBB (UNAIDS) pada 2022, mengganggarkan seramai 39 juta penduduk dunia menghidap HIV dan HIV boleh berkembang menjadi AIDS jika tidak dirawat.

Justeru UNAIDS menyatakan mempunyai penyelesaian jika mengikuti kepimpinan negara yang menjalin komitmen politik kuat untuk mengutamakan rakyat dan melabur dalam program pencegahan dan rawatan HIV berasaskan bukti kajian.

Foto : Reuters

Menurut UNAIDS, antara inisiatif lain adalah tindak balas yang berkesan terhadap HIV – juga bermakna negara-negara dunia menerima pakai undang-undang tanpa diskriminasi dan memperkasakan rangkaian komuniti.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan mendadak dalam jangkitan baharu di Eropah timur dan Asia Tengah, serta di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Tahun lalu, seramai 1.3 juta penduduk dijangkiti HIV manakala 630,000 mati akibat penyakit berkaitan AIDS, menurut UNAIDS.

Loading...
Terkini