comscore
Tumpuan :
Dunia

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel ketika bersidang

Suasana dalam Parlimen Eropah semasa sesi pleno di Strasbourg, Perancis. – FOTO: Reuters

BRUSSELS: Seorang Ahli Parlimen Eropah (EP) dari Itali melakukan protes semasa sesi Parlimen pada Selasa dengan memakai kemeja-T memaparkan kod QR menunjukkan angka, nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh.

Ahli Parlimen Eropah yang baharu dipilih dalam pilihan raya Jun lalu, Della Valle, menyifatkannya sebagai ‘genosid oleh Israel’ di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

“Sekali lagi, majoriti parlimen ini menunjukkan dwistandard dan persubahatannya kepada dunia,” katanya dari podium semasa sesi di Brussels sambil memakai kemeja-T berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel menyerang Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU) – hanya kebimbangan yang dinyatakan.

“Oleh itu, kerugian di Gaza kini ditambah dengan yang di Lubnan. Sekarang, tentera UNIFIL dan tentera Itali kita juga menjadi sasaran.

“Apakah yang diperlukan oleh EU untuk menamatkan dwistandard dan hipokrasi serta menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?” soal beliau secara retorik.

Pengimbasan Kod QR berkenaan membawa pengguna ke laman sesawang visualisingpalestine.org, yang menunjukkan bahawa ‘34,344 rakyat Palestin terbunuh antara 7 Oktober 2023 dan 31 Ogos 2024’.

Laman sesawang itu menyediakan nama, jantina dan umur mangsa yang terkorban apabila pengguna klik pada angka manusia di halaman berkenaan.

Seorang lagi ahli Parlimen Eropah telah membuat aduan kepada pengerusi sesi selepas ucapan Della Valle kerana melanggar peraturan. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini