comscore
Tumpuan :
Dunia

Agensi Cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

Foto: Reuters

TOKYO: Pegawai cuaca Jepun pada Jumaat menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda pelbagai kawasan, lapor Xinhua.

Suhu tinggi direkodkan selama beberapa hari di wilayah Kanto-Koshin, dengan cuaca panas melampau di beberapa kawasan pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Suhu tertinggi dijangka mencecah 37 darjah Celsius di Maebashi dan Kumagaya, manakala Mito sekitar 36 darjah Celsius, menurut JMA.

Tokyo, Yokohama, Utsunomiya dan Kofu pula dijangka merekodkan bacaan sekitar 35 darjah Celsius.

Agensi cuaca dan Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan amaran strok haba untuk wilayah Ibaraki, Kepulauan Izu dan Chiba.

Pada Khamis, Bandar Kiryu di wilayah Gunma mencatat suhu sekitar 38.3 darjah Celsius, mengakibatkan ramai orang dimasukkan ke hospital akibat strok haba.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini