BANGUI: Republik Afrika Tengah (CAR) bersedia membincangkan perlombongan berlian dengan Rusia, kata Menteri Luar CAR Sylvie Baipo-Temon kepada Sputnik.
“Mana-mana negara yang bersedia membantu memberi nilai kepada sumber-sumber kami, membangunkan negara kami dan meningkatkan tahap kesejahteraan penduduk CAR – kami terbuka kepada mereka.
“Jika Rusia berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama ekonominya melalui ekstrak sumber, mereka dialu-alukan ke CAR.
“Kami mempunyai kod perlombongan, beberapa prosedur tertentu yang mesti dipatuhi. Mereka dijemput mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan,” kata menteri itu, ketika ditanya sama ada Bangui bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat Rusia mengenai perlombongan berlian di negara Afrika itu. – BERNAMA-SPUTNIK