Tumpuan :
Dunia

Afrika Selatan kemuka bukti kes Genosid Israel ke ICJ

Foto: Reuters

JOHANNESBURG: Afrika Selatan telah mengemukakan bukti dalam kes genosidnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut kenyataan Pejabat Presiden Afrika Selatan, dokumen itu yang tidak akan didedahkan kepada umum, mengandungi lebih daripada 750 halaman bukti yang disokong lebih 4,000 halaman ekshibit serta lampiran.

Bukti dikemuka menunjukkan pelanggaran Israel terhadap Konvensyen Genosid 1948 dengan mempromosi penindasan rakyat Palestin di Gaza, membunuh mereka dengan pelbagai senjata pemusnah, dan menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan.

Ia juga menunjukkan niat Israel melakukan genosid, kegagalan rejim itu untuk mencegah hasutan kepada genosid, dan kegagalan untuk menghukum mereka yang menghasut dan melakukan tindakan genosid.

Afrika Selatan membawa kes ini ke ICJ pada Disember 2023, mendakwa Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948 dalam serangan di Gaza sejak 7 Oktober, dan telah menuntut mahkamah memerintahkan Israel menghentikan perang.

Israel diberi tempoh hingga Julai 2025 untuk mengemukakan respons terhadap tuduhan berkenaan.

Dalam reaksi balas pada Mei, Israel yang terus berdegil dan bongkak menolak dakwaan Afrika Selatan dan menyatakan ia eksploitasi tidak wajar terhadap Konvensyen Genosid.

Israel berhujah kononnya ia melibatkan konflik bersenjata yang sukar dan tragis, dan adalah penting untuk memahami situasi dihadapinya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini