BOLU: Angka korban kejadian kebakaran di sebuah hotel di pusat peranginan ski di Kartalkaya, Turkiye meningkat kepada 76 nyawa.
Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya berkata setakat ini identiti bagi 52 mayat telah dikenal pasti.
Kejadian berlaku ketika cuti sekolah apabila ramai pengunjung terutama dari Istanbul dan Ankara datang ke resort berkenaan bagi bermain ski.
Terdapat 238 tetamu yang menginap di Hotel Grand kartal ketika kebakaran tercetus.
Api dipercayai bermula sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan di tingkat yang menempatkan restoran.
Menurut saksi, ada mangsa yang terjun keluar dari tingkap hotel untuk menyelamatkan diri kerana panik.
Polis telah menahan sembilan individu dan punca sebenar kejadian masih disiasat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.