comscore
Tumpuan :
Dunia

Abdelmadjid Tebbuone kekal jawatan Presiden untuk penggal kedua

ALGIERS: Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune bakal melanjutkan pentadbirannya untuk penggal kedua selepas keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Presiden Algeria jelas menunjukkan beliau memperoleh kemenangan besar mengatasi dua pencabarnya.

Ketua Pihak Berkuasa Bebas Pilihan Raya Algeria, Mohamed Charfi dalam satu kenyataan memaklumkan Tebboune, 78 tahun memperoleh 5,329,253 undian atau 94.65 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Pencabar beliau, Abdelaali Hassani Cherif memperoleh 178,797 undian bersamaan 3.17 peratus.

Manakala, hanya 122,146 undian diraih seorang lagi calon bertanding,, Youcef Aouchiche.

Lebih 23 juta rakyat Algeria tampil mengundi pada Sabtu lalu meskipun kebiasaannya hari pengundian dilakukan pada bulan Disember.

SUMBER REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini