comscore
Tumpuan :
Dunia

 ‘Abad Turkiye’ kini bermula – Erdogan 

Foto : Reuters

ANKARA : Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kini bermulanya ‘Abad Turkiye’ yang akan terus merintis kebangkitan negara ini.

“Turkiye memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan,” katanya dalam ucapan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Turkiye.

Turkiye mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk pemilihan presiden selepas tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk kemenangan pada pusingan pertama pada 14 Mei.

Erdogan memenangi dengan 52.18 peratus undian menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mendapat 47.82 peratus, menurut keputusan rasmi.

Terdahulu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Erdogan dan sekutunya turut memenangi majoriti  kerusi parlimen.

“Saya berharap misi yang mulia ini akan membawa kebaikan kepada negara saya yang telah saya abadikan hidup saya untuk berbakti kepada negara dan rakyat. Saya harap kita tidak akan mengecewakan negara dan rakyat kita yang tercinta yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada saya, parti dan perikatan kita,” kata Erdogan.

Beliau berkata sebagai presiden yang dilantik semula beliau sama sekali tidak akan melupakan limpahan sokongan yang diberikan oleh rakyat Turkiye.

Foto : Reuters

“Kami akan mendakap semua 85 juta rakyat (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka,” ikrar Erdogan.

Presiden menambah bahawa beliau tidak akan melupakan limpahan sokongan yang dirasainya di Turkiye dan wilayah sekitarnya pada 28 Mei.

“Kami akan memeluk semua 85 juta orang (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka,” kata Erdogan.

Erdogan juga berikrar untuk berkhidmat dan mencurahkan segala baktinya sepanjang tempoh lima tahun akan datang sebagai tanda penghargaan kepada Turkiye.

Foto: Reuters

Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan, termasuk 50 ketua negara, 13 perdana menteri, pegawai parlimen dan peringkat menteri dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk NATO, Pertubuhan Negara-negara Turki, dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Antara yang hadir ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turkiye Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.  — BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini