NEW YORK: Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat sekiranya tindakan Israel terhadap pejuang Hamas tidak dihentikan di Semenanjung Gaza, Washington akan turut terkena tempias.
Amaran itu disuarakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PNN) di New York.
Ujarnya, Amerika Syarikat yang menguruskan pembunuhan beramai-ramai di Palestin dan Iran tidak mengalu-alukan perluasan perang di rantau itu.
Tambah beliau, Hamas telah memaklumkan kepada Iran mereka bersedia membebaskan tebusan awam.
Justeru, Hamas meminta dunia mendesak pembebasan 6,000 rakyat Palestin di penjara Israel.
Selain itu, katanya, Iran bersedia memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan yang sangat penting bersama Qatar dan Turki.
Pembebasan 6,000 tahanan Palestin disifatkan langkah perlu dan ia adalah tanggungjawab masyarakat global.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Malaysia, Liga Arab, OIC terus beri tekanan halang Israel lakukan serangan darat ke atas Gaza
- [VIDEO] Hamas bukan pengganas, tapi kumpulan pejuang pertahankan bumi & hak mereka – Erdogan
- PBB perlu lakukan reformasi untuk kekal relevan
- [VIDEO] Perang Israel-Palestin: Majlis Keselamatan PBB buntu capai resolusi