comscore
Tumpuan :
Dunia

A.S kritik Israel isytihar UNRWA ‘pertubuhan pengganas’

Foto: Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengkritik Israel yang menuntut mengisytiharkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pertubuhan pengganas.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata tindakan Israel menggubal rang undang-undang (RUU) mengisytiharkan agensi itu sebagai pertubuhan pengganas adalah sangat tidak membantu.

Foto: UNRWA / Facebook

Menurut Miller, UNRWA bukan pertubuhan pengganas dan menggesa kerajaan Israel dan Knesset (Parlimen) untuk menghentikan tindakan undang-undang ini.

Ujarnya Israel tidak melakukan apa-apa untuk memajukan usaha mendapatkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.

Isnin lalu, Parlimen Israel atau Knesset memberikan kelulusan awal kepada RUU yang menamakan UNRWA sebagai pertubuhan pengganas dan mencadangkan untuk memutuskan semua hubungan dengan agensi kemanusiaan itu.

Foto: UNRWA / Facebook

Selepas bacaan pertama RUU itu diluluskan, perundangan itu akan dibawa ke jawatankuasa Parlimen untuk pertimbangan lanjut.

UNRWA, yang mempunyai lebih 30,000 pekerja bertugas untuk kira-kira 5.9 juta pelarian Palestin di rantau itu, dituduh oleh Israel menggaji ‘lebih 400 pengganas’ di Gaza.

AS menggantung dananya kepada agensi itu selepas dakwaan berasingan Israel, yang tidak terbukti, menuduh beberapa kakitangan UNRWA terbabit dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

Sejak itu, penggubal undang-undang AS melarang Washington daripada mengeluarkan dana kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini