comscore
Tumpuan :
Dunia

A.S. fail tuduhan jenayah terhadap kepimpinan Hamas

Merrick Garland, Peguam Negara A.S. – FOTO: Reuters

WASHINGTON D.C: Ketika seluruh dunia mendesak Israel diheret ke muka pengadilan dan dihukum atas tindakan keganasannya ke atas Palestin sekutu kuatnya Amerika Syarikat terus bertindak membutakan mata kepada fakta dengan mengemukakan tuduhan jenayah ke atas pemimpin tertinggi Hamas kerana merancang, menyokong dan melaksanakan serangan ke atas Israel 7 Oktober tahun lalu.

Tindakan itu jelas menunjukkan Amerika Syarikat gagal melihat segala keganasan yang dilakukan Israel ke atas Palestin, jauh sebelum serangan 7 Oktober.

Peguam negara Merrick Garland dalam satu kenyataan berkata, aduan itu menamakan enam defendan, tiga daripadanya sudah meninggal dunia.

Defendan yang masih hidup, Pemimpin Tertinggi Hamas, Yahya Sinwar, yang dipercayai bersembunyi di Gaza; Khaled Meshaal, yang berpangkalan di Doha dan mengetuai pejabat diaspora kumpulan itu; dan Ali Baraka, Pegawai Kanan Hamas yang berpangkalan di Lubnan.

Tiga lagi defendan yang telah meninggal dunia ialah Ismail Haniyeh, Mohammed Deif dan Marwan Issa.

Pendakwa raya telah membawa tuduhan terhadap mereka Februari lalu, tetapi menyimpan aduan itu dengan harapan dapat menangkap Haniyeh.

Jabatan kehakiman memutuskan untuk mendedahkan tuduhan selepas kematian Haniyeh.

Langkah itu dilihat cubaan mengalih tumpuan kemarahan rakyat Israel kepada pentadbiran rejim yang gagal mengendalikan isu membawa pulang tahanan yahudi dalam keadaan selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini