comscore
Tumpuan :
Dunia

Konflik di Sudan, angka korban cecah 300, lebih 3,000 cedera

Foto : Reuters

WASHINGTON: Hampir 300 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat ini.

Agensi Anadolu memetik ciapan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter melaporkan, keadaan di Sudan semakin membimbangkan dan menyayat hati dengan hampir 300 orang meninggal dunia setakat ini manakala lebih 3,000 cedera.

Beliau juga mengecam semua serangan maut, terutamanya serangan ke atas orang awam dan institut kesihatan.

Beliau berkata akses terhadap bekalan elektrik, makanan, air, kakitangan dan bekalan perubatan semakin berkurangan menjadikan hampir mustahil untuk banyak kemudahan kesihatan berfungsi dengan sempurna apabila terdapat beribu-ribu mangsa yang cedera dan memerlukan rawatan segera.

Foto : Reuters

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya agar semua pihak mematuhi seruan melaksanakan ‘humanitarian pause’, yang menurutnya membolehkan mereka yang terperangkap dalam pertempuran mencari perlindungan.

Orang awam juga akan dapat mengakses makanan, air dan ubat-ubatan dan pesakit boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang diperlukan, kata Ghebreyesus.

Pertempuran kini memasuki hari kelima antara tentera Sudan dan RSF di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya.

Loading...
Terkini