GAZA: Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi, (IOM) mendedahkan kira-kira 90 peratus kediaman di Gaza musnah menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Justeru IOM, dengan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) dan rakan kemanusiaannya mempergiat usaha menyediakan bantuan tempat perlindungan kecemasan, termasuk bekalan air, alatan kebersihan, dan barangan bukan makanan.
Menurut badan itu, kebanyakan rakyat Gaza pulang ke rumah mendapati kediaman mereka hanya tinggal runtuhan.
Susulan itu mereka terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan ekoran tiada tempat perlindungan.
Sejak 19 Januari, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.