comscore
Tumpuan :
Dunia

9 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

Foto: Reuters

BEIRUT: Israel melancarkan serangan terbaharu di selatan Lubnan sehingga meragut sembilan nyawa termasuk kanak-kanak.

Susulan itu, kumpulan Hizbullah bertindak balas dengan melepaskan tembakan meriam dan roket rentas sempadan.

Beberapa serangan dari Lubnan yang melintasi ruang udara Israel bagaimanapun dipatahkan sistem pertahanan Iron Dome.

Sementara itu, seorang maut dalam serangan berasingan rejim zionis di Aitarun.

Namun tiada perincian lanjut samada individu terbabit anggota kumpulan Hizbullah.

Situasi sama di perkampungan Aita, bedilan tentera rejim membunuh seorang anggota kumpulan Hizbullah, Mohammad Najem dan seorang kanak-kanak.

Israel menuduh Mohammad Najem sebagai anggota unit roket dan peluru berpandu Hizbullah. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini