comscore
Tumpuan :
Dunia

9 petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan

FOTO: Reuters

BEIRUT: Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.

Hospital Salah Ghandour di bandar Bint Jbeil menjadi sasaran Zionis selepas menerima amaran untuk mengosongkan premis,” yang menyebabkan kecederaan kepada kakitangannya, lapor Agensi Anadolu.

Pengurusan hospital terpaksa memindahkan petugas perubatan dan pesakit.

Tentera Israel menyerang kawasan berhampiran dan halaman hospital dengan sekurang-kurangnya empat tembakan meriam, lapor Agensi Berita Lubnan, NNA.

Agensi itu turut melaporkan bahawa kesemua kakitangan hospital awam Marjayoun di selatan Lubnan dipindahkan, menyebabkan hospital itu tidak lagi beroperasi selepas menerima ancaman Israel.

Konflik di Semenanjung Gaza merebak ke Lubnan apabila Israel melancarkan serangan maut ke seluruh negara itu akhir bulan lalu, mengorbankan lebih 1,100 mangsa dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini