JINAN: Sembilan orang yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang berpendingin yang sedang dibina di Wilayah Shandong, China Timur, telah ditemui dan disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku pada hari Sabtu di gudang yang dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan bernama Lanrun di bandar Rongcheng, menurut jabatan pengurusan kecemasan tempatan.
Punca kejadian tersebut masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.