comscore
Tumpuan :
Dunia

86 maut dalam gempa bumi di China

Gempa bumi di China mengakibatkan lebih 80 orang maut.

BEIJING: Seramai 86 orang maut, manakala 96 lagi cedera akibat gempa bumi yang melanda wilayah sempadan Gansu-Qinghai di China, hari ini.

Pusat Seismologi Eropah Mediterranean (EMSC) menetapkan gempa bumi berkenaan dengan magnitud 6.1 di rantau itu.

REUTERS melaporkan gempa itu berada pada kedalaman 35 kilometer (km) dengan pusat gempa terletak 102km barat-barat daya Lanzhou, China, menurut EMSC.

Suruhanjaya Kebangsaan China bagi pencegahan, pengurangan dan bantuan bencana serta Kementerian Pengurusan Kecemasan sudah mengaktifkan bantuan kecemasan bencana peringkat empat, menurut AFP.

Satu pasukan kerja sudah dihantar ke kawasan terjejas bagi menilai kesan bencana dan memberi panduan untuk operasi bantuan tempatan, kata laporan itu.

Sehingga kini, kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Kejadian itu, mengakibatkan beberapa kerosakan dan runtuhan termasuk rumah dan rakaman video menunjukkan orang ramai berlari ke jalan untuk menyelamatkan diri. – AGENSI

Loading...
Terkini