comscore
Tumpuan :
Dunia

80 penduduk Palestin terperangkap dalam runtuhan bangunan di Kem Pelarian Bureij 

Foto: Reuters

GAZA: Pengganas rejim Israel mempergiat serangan ke atas beberapa kawasan di Gaza.

Kem Pelarian Bureij antara lokasi paling teruk diserang dengan sebuah pangsapuri ranap dibedil tentera rejim.

Dianggarkan 80 individu terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Setakat ini lapan mayat dapat dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Turut tegang, daerah Sabra dan Zeitoun yang dihujani serangan udara bertali arus pengganas rejim.

Foto: Reuters

Di Tebing Barat pula, 22 penduduk Palestin ditahan di bandar Salfit.

Juga terdapat laporan pertempuran antara pengganas rejim dengan Pejuang Palestin ketika serbuan di daerah Nablus, Deir al-Ghusun dan selatan Hebron.

Tidak cukup dengan itu, pengganas rejim turut menyerang kru ambulans yang cuba memindahkan seorang pesakit kanak-kanak di bandar Nablus – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini