Tumpuan :
Dunia

8 terbunuh dalam keganasan kartel di Mexico

FOTO: Reuters

CULIACAN: Lapan individu, termasuk seorang anggota polis, maut dalam insiden keganasan kartel dadah di Culiacan, Mexico pada Khamis.

Timbalan Setiausaha Keselamatan Negeri Sinaloa, Leoncio Pedro Garcia berkata, tiga kematian berlaku dalam insiden berbalas tembakan di sebuah pusat perjudian haram, manakala seorang mangsa cedera meninggal dunia di hospital.

Awal minggu ini, lima mayat dengan kesan apa yang disyaki pihak berkuasa sebagai diseksa ditemui di tepi jalan, dipercayai mangsa pembunuhan berkaitan kartel.

Insiden lain turut dilaporkan, termasuk serangan terhadap sebuah restoran dan tembakan ke arah hospital, yang mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan penduduk.

Keganasan itu mencerminkan konflik dalaman antara puak kartel Sinaloa yang berebut kuasa.

Dalam pada itu, Garcia menekankan pentingnya anggota keselamatan dan orang ramai lebih berwaspada bagi mengurangkan risiko serangan.

Culiacan, ibu negeri Sinaloa, Mexico, merupakan pusat utama operasi kartel dadah yang terkenal, khususnya Kartel Sinaloa, salah satu organisasi jenayah terbesar dan paling berpengaruh di dunia.

Kawasan itu sering dilanda keganasan akibat perebutan kuasa antara puak-puak dalam kartel serta konflik dengan pihak berkuasa.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, bandar itu menjadi lokasi kejadian tembak-menembak, pembunuhan, dan serangan kejam terhadap penduduk serta anggota keselamatan

Keganasan ini sering dikaitkan dengan usaha kartel untuk mengawal laluan pengedaran dadah ke Amerika Syarikat (AS) serta memperkukuh cengkaman mereka terhadap ekonomi haram di wilayah tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini