AMBLETEUSE: Sekurang-kurangnya lapan migran maut ketika menyeberangi selat Inggeris dari Perancis, manakala enam yang lain ditemukan dalam keadaan kritikal.
Terdahulu sebuah bot membawa 59 migran dilihat pada waktu malam berhampiran Ambleteuse.
Ia mengulangi insiden sama 12 migran maut sewaktu menyeberangi selat inggeris, 3 September lalu.
Untuk rekod, 412 migran cuba menyeberangi selat Inggeris dengan bot kecil dalam tempoh kurang seminggu.
Kawasan sekitar Calais di utara Perancis adalah titik permulaan menyeberangi laut yang paling hampir dengan United Kingdom. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.