comscore
Tumpuan :
Dunia

8 maut dalam trak sejuk beku di China

BEIJING: Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di Hongzhuangyang, wilayah Henan, China.

Menurut kerajaan tempatan, pemandu trak mendakwa dia mendapati lapan individu tidak sedarkan diri di dalam traknya sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Usaha menyelamatkan mereka gagal dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi Ahad.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap insiden itu, termasuk pemandu kenderaan.

Butiran lanjut serta identiti kesemua “penumpang haram” itu belum dapat dipastikan. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini