LONDON: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata kejadian berlaku di sebuah pasar yang sibuk di wilayah Aleppo pada Sabtu malam.
Menurut badan pemantau perang itu, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran.
Bandar Azaz di utara Aleppo dikuasai oleh Turkiye.
Perang saudara di Syria sejak tahun 2011 mengakibatkan negara itu berpecah.
Presiden Bashar al-Assad menguasai dua pertiga negara itu manakala bahagian barat laut dikuasai pemberontak. – BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.