GURARA: Sekurang-kurangnya 77 terbunuh manakala ramai lagi cedera susulan sebuah lori tangki petrol terbalik lalu menumpahkan bahan api sebelum dilaporkan meletup di utara Nigeria.
Kejadian berlaku selepas letupan sama di negeri Jigawa pada oktober lalu yang mengorbankan 147 orang sekali ugs menjadikan ia salah satu tragedi terburuk di negara itu.
Kumar Tsukwam, Komander Sektor FRSC berkata kebanyakan mangsa adalah penduduk tempatan yang bergegas untuk mengambil petrol yang tertumpah selepas lori itu terbalik.
Tsukwam juga memaklumkan kebakaran berjaya dikawal pihak bomba.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.