comscore
Tumpuan :
Dunia

700,000 penunjuk perasaan selar kegagalan Netanyahu

Foto: Reuters

TEL AVIV: Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu terus diberi tekanan dengan tunjuk perasaan terbaharu memenuhi jalan utama di Tel Aviv.

Demonstrasi kali ini disertai sekurang-kurangnya 700,000 orang yang menyatakan kemarahan atas kegagalan pentadbiran Netanyahu.

Ratusan ribu penunjuk perasaan bertindak menyekat laluan di Tel Aviv dan berarak ke pejabat Netanyahu di Baitulmaqdis Barat.

Foto: Reuters

Ketegangan turut tercetus selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis, selain anggota bomba dikerah bagi memadam kebakaran.

Penunjuk perasaan mendesak Netanyahu segera menangani krisis di Gaza serta menuntut perjanjian gencatan senjata yang berkekalan.

Rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas berlarutan selama berbulan dengan banyak pihak menyalahkan Netanyahu susulan gagal mencapai kesepakatan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini