comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 70 rakyat Palestin maut dalam serangan di Kem Pelarian Maghazi

GAZA: Rejim Israel terus menerus mencabul undang-undang antarabangsa apabila masih tidak berhenti menyasarkan serangan ganas ke atas orang awam.

Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin di Kem Pelarian Maghazi, Gaza, menjadi korban kebiadaban rejim Israel dalam serangan udaranya, semalam.

FOTO REUTERS

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, berkata jumlah korban bagaimanapun dikhuatiri meningkat susulan serangan itu.

Hamas melalui kenyataannya berkata, serangan itu adalah suatu jenayah perang baharu dan menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel melalui kenyataannya berkata, pihaknya sedang mengkaji berhubung serangan terbabit dan kononnya akan mengambil langkah yang dapat meminimumkan bahaya kepada orang awam.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini