AMSTERDAM: Sekurang-kurangnya 70 penerbangan telah dibatalkan dan beberapa lagi mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, akibat cuaca musim sejuk, kata seorang jurucakap pada hari Ahad.
Beliau berkata, mesin pembersih salji mula beroperasi di lapangan terbang itu pada pagi Ahad dan Schiphol katanya dijangka kembali beroperasi sekitar tengah hari. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan terdapat kelewatan.
Pada hari terakhir cuti sekolah musim sejuk Belanda, lapisan salji nipis menutupi sebahagian kawasan Amsterdam. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.