PHICHIT: Tujuh individu, termasuk empat kanak-kanak maut selepas bumbung di sebuah padang sukan sekolah runtuh dalam ribut di Thailand.
Ketika kejadian, kanak-kanak berusia antara enam dan 13 tahun itu sedang bermain di kawasan dewan terbuka di sebuah sekolah di wilayah Phichit, sambil disaksikan beberapa individu lain.
Menurut laporan media tempatan, ribut kemudian melanda kawasan itu sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan, bersama-sama hujan lebat dan angin kuat hingga menyebabkan bumbung dewan itu tiba-tiba runtuh.
Mangsa yang berusia enam tahun dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami.
Selain kanak-kanak berkenaan, dua ibu bapa dan seorang pekerja pembersihan turut maut dalam tragedi berkenaan.
Manakala 18 lagi mengalami kecederaan.