comscore
Tumpuan :
Dunia

 7 maut dalam letupan lombong arang batu

Foto: Reuters

NEW DELHI:  Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada hari Isnin dalam satu letupan di sebuah lombong arang batu di negeri Bengal Barat, India timur, menurut pihak polis, lapor Xinhua.

Letupan berlaku di lombong Gangaramchak Mining Private Limited di blok Bhadulia, daerah Birbhum, kira-kira 217 km barat laut Kolkata, ibu kota Bengal Barat.

Menurut pihak polis, letupan berlaku ketika sebuah trak yang membawa bahan letupan tiba di lombong untuk memunggah dan bahan letupan tersebut meletup secara tiba-tiba.

“Pada mulanya, lima orang dilaporkan terbunuh dalam letupan di lombong arang batu dan kemudian, dua kematian lagi dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang,” kata seorang pegawai polis.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Siasatan mengenai punca letupan sedang dijalankan.- BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini