comscore
Tumpuan :
Dunia

7 maut, bas bawa penyokong bola sepak terbalik

Sebuah bas membawa peminat kelab bola sepak Brazil, Corinthians terbalik di lebuh raya di tenggara Belo Horizonte dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang. – Foto ihsan The Rio Times

MOSCOW: Tujuh terbunuh selepas sebuah bas yang membawa peminat kelab bola sepak Brazil, Corinthians terbalik di lebuh raya.

Kemalangan berlaku di lebuh raya di kawasan metropolitan tenggara Belo Horizonte, lapor Agensi Berita Globo.

Ketika kejadian, bas terbabit membawa 46 penyokong Corinthians, yang pulang ke Sao Paulo selepas menyaksikan aksi menentang Cruzeiro di tempat lawan yang berkesudahan 1-1.

Tujuh maut di tempat kejadian, manakala 10 terperangkap di bawah bas yang terbalik, kata laporan itu.

Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian.

Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan patah tulang telah dibawa ke hospital dengan helikopter.

– BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini