comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 7 maut, 1.4 juta penduduk terputus bekalan elektrik akibat ribut

FOTO: Reuters

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 1.4 juta penduduk terputus bekalan elektrik selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar paling padat penduduk di Brazil, Sao Paulo, pada Jumaat.

Pihak berkuasa Sao Paulo pada Sabtu berkata Angin mencapai kelajuan sehingga 107.5 kilometer sejam (km/j) di bandar itu, tertinggi sejak 1995, menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan kira-kira 10 juta orang selama lebih 15 jam.

Pasukan pertahanan awam dan bomba juga telah dikerahkan ke lokasi terjejas dengan insiden pokok tumbang dan kemusnahan infrastruktur.

Sementara itu, syarikat pembekal elektrik tempatan, Enel dalam ciapan di akaun X berkata sejak Jumaat, 2.1 juta pelanggan mengalami gangguan bekalan elektrik apabila angin melebihi 100 kilometer sejam mempengaruhi sebahagian rangkaian elektrik.

Pada Sabtu, pihak berkuasa melaporkan kira-kira 1.4 juta penduduk masih tiada bekalan elektrik di sekitar bandar Sao Paulo.

Malah, turut dilaporkan bekalan air penduduk juga terjejas teruk di bandar itu dan beberapa bandar lain termasuk Sao Bernardo do Campo, Cotia, Sao Caetano, Santo Andre dan Diadema.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini