comscore
Tumpuan :
Dunia

7 individu ditahan muat naik ancaman bunuh terhadap Pope Francis

FOTO: Reuters

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan tujuh individu yang dikenal pasti memuat naik dalam talian kenyataan berbaur ancaman dan ugutan terhadap Pope Francis yang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu minggu ini.

Menurut jurucakap unit khas antikeganasan negara itu, Densus 88, Aswin Siregar, kesemua tangkapan dilakukan di Jakarta, Sumatera Barat dan Bangka Belitung.

Mereka dikatakan memuat naik kenyataan dan gambar yang menjurus kepada ugutan berbentuk serangan bom kereta yang mungkin dilancarkan sewaktu himpunan umum Pope Francis di Jakarta.

Selain itu, Aswin turut mengesahkan terdapat rancangan untuk membakar lokasi himpunan terbabit.

Sepanjang lawatan rasminya ke negara yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia itu, Pope Francis dijadual mengadakan lawatan di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, Istana Presiden dan Stadium Antarabangsa Jakarta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini