Tumpuan :
Dunia

7 individu cedera pesawat Scoot alami gelora udara

GUANGZHOU: Tujuh individu termasuk empat penumpang cedera setelah pesawat Scoot TR100 mengalami gelora udara.

Menurut laporan, gelora udara itu berlaku ketika pesawat dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Guangzhou, China.

Kesemua mangsa kemudian segera diberikan rawatan sejurus selepas pesawat terbabit mendarat di Lapangan Terbang Guangzhou.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa segera dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut pada malam tadi waktu tempatan.

Scoot, syarikat pesawat tambang murah kendalian Singapore Airlines, dalam kenyataannya pula memaklumkan siasatan lanjut akan dilakukan dan semua mangsa akan diberi layanan serta bantuan sewajarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini