Tumpuan :
Dunia

62 juta penduduk dijangka terjejas akibat ribut salji di AS

Pusat Ramalan Cuaca NOAA.

AMERIKA SYARIKAT: 62 juta penduduk dijangka terjejas akibat ribut salji yang mula melanda Amerika Syarikat.

Cuaca buruk dijangka akan berterusan sehingga esok.

Ribut turut diramalkan membawa hujan serta keadaan bahaya bagi jutaan penduduk dari wilayah tengah hingga ke wilayah pantai timur.

Ia juga berkemungkinan menimbulkan situasi bahaya bagi pemanduan di jalan raya selain bekalan elektrik terputus.

Pusat Ramalan Cuaca NOAA menjangkakan salji tebal mencecah rekod baharu melebihi sedekad di kawasan tertentu.

Banyak laluan dijangka akan ditutup di wilayah tengah negara. – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini